Manual lembu Fidlot



PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

Penerangan berkenaan projek ternakan lembu 

  1. Pengenalan
  2. Pemasaran 
  3. Pemilihan Ternakan
  4. Pengurusan

1.1 Definasi fidlot "Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.


1.2 Sistem Fidlot

i. Sekali masuk - Sekali keluar -memelihara 1 kumpulan lembu sehingga mencapai target berat atau umur, kemudian dijual kesemuanya. selepas habis dijual barulah akan ambil 1 kumpulan lembu yang baru.

ii. Masuk-Keluar Berterusan
--memelihara beberapa kumpulan lembu secara berperingkat sehingga mencapai target berat atau umur, kemudian dijual atau dipasarkan secara berterusan.1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot Faktor-faktor utama:-
i. Faktor ternakan

a. Harga belian feeder
b. Harga jualan finisher
c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan
ii. Faktor makanan (harga)

-70% kos pengeluaran

-kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan (market timing adalah penting sebagai contoh Hari Raya Aidil Adha).

p/s: digalakkan penternak menggunakan teknik makanan ruminan (campuran makanan seperti PKC, hampas kacang soya, dll)

2.0 PEMASARAN
Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting.

2.1 Jenis-jenis Pemasaran
Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:
i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)
ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah
iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)


-Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih.
-Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.
-Pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut.Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.

Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari) pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:

2.2 Networking

-Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada.
-Jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik.


2.3 Penjualan Secara Tunai

-Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit.
-Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan, pasar malam atau pasar tani.
-Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan.
3.0 PEMILIHAN TERNAKAN


3.1 Asas Pemilihan

Faktor-faktor:


i. Permintaan keperluan pasaran
ii. Penetapan berat awal
iii. Peningkatan berat badan
iv. Target berat akhir atau berat jualan



3.2 Baka dan Jantina

Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti :


i. Baka import
Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore.


ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import
Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore


iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)*
p/s: Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti memberikan pulangan yang baik.


3.3 Umur dan Berat Badan
i. Umur antara satu hingga satu setengah tahun
ii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-200 kg (baka tempatan atau KK),



p/s:Bagaimanapun, penentuan berat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan target pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki)


Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan barat badan harian dan target berat akhir (berat jualan)



3.4 Status Kesihatan

Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama:
i.

ii.

iii.
Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit hawar berdarah dan telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.

Pastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing

Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan badan


p/s: Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan
4.1 Pengurusan Personel

Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

i.
ii.
Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut:
a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekor
b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor

Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja.

4.2 Pengurusan Ternakan -



Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat stress) dan meningkatkan selera pemakanan (feed intake).

-Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.
-Rekod berat awal dan berat akhir sebelum jualan.
4.3 Pengurusan Kandang

-Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.
-Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru, kembong atau direa dan masalah kuku.
4.4 Pengurusan Pemakanan

-Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian (daily weight gain).
-Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg).
-Kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.
-Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari.
-Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang.
-Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral.
-Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.


4.5 Pengurusan Kenderaan

-Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.


4.6 Pengurusan Rekod


Pengurusan rekod adalah penting, untuk menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian.


Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:


i. Rekod pembelian lembu 'feeder'
ii Rekod pemberian makanan harian
iii Rekod peningkatan berat badan harian
iv Rekod kesihatan dan kematian
v Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot
vi Rekod personel
vii Rekod kewangan


4.1 Pengurusan Personel

Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

i.



ii.
Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut:
a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekor

b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor

Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja.


4.2 Pengurusan Ternakan -Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat stress) dan meningkatkan selera pemakanan (feed intake).
-Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.
-Rekod berat awal dan berat akhir sebelum jualan.
4.3 Pengurusan Kandang
-Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.
-Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru, kembong atau direa dan masalah kuku.
4.4 Pengurusan Pemakanan
-Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian (daily weight gain).
-Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg).
-Kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.
-Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari.
-Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang.
-Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral.
-Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.
4.5 Pengurusan Kenderaan
-Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.

4.6 Pengurusan Rekod

Pengurusan rekod adalah penting, untuk menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian.
Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:
i. Rekod pembelian lembu 'feeder'
ii Rekod pemberian makanan harian
iii Rekod peningkatan berat badan harian
iv Rekod kesihatan dan kematian
v Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot
vi Rekoid personel
vii Rekod kewangan


5.0 INFRASTRUKTUR


5.1 Lokasi


Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi, jenis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan, sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis.

Seeloknya lokasi ladang/projek fidlot terletak sekurang-kurangnya 0.5 km radius daripada kawasan kediaman/perumahan dan perindustrian serta tidak terlalu hampir dengan sungai atau sistem tali air. Ini bagi mengelakkan lempahan apabila berlaku banjir atau hujan lebat. Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter) dan disulami dengan pokok-pokok tanaman /buahan.

Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku. Pastikan jalan keluar-masuk ke kawasan ladang boleh dilalui sepanjang musim serta dapat menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 tan.

5.2 Topografi


Permukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang baik. Bagi kawasan yang kerap hujan penempatan projek fidlot di kawasan berbukit adalah lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang baik di samping mengurangkan masalah tanah berbecak.

Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkan kos pembinaan jalan, pagar dan kemudahan lain dibandingkan dengan kawasan berbukit.
5.3 Bekalan Air Dan Elektrik
Apabila merancang projek fidlot, kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa memilih tapak untuk projek fidlot.

Lembu yang mempunyai berat badan antara 200-400kg memerlukan air minuman sebanyak 25-40 liter sehari. Oleh yang demikian, penternak yang memelihara 100 ekor akan memerlukan sebanyak 2500-5000 liter air minuman sehari. Air diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot. Perigi atau parit pengairan merupakan sumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan daripada Jabatan Bekalan Air.

Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan, sumber tenaga daripada bekalan elektrik diperlukan untuk menjalankan kilang makanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-mesin dan peralatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal.


5.4 Reka Bentuk Kandang


Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan.
Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan perkembangan fidlot pada masa hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang terbuka.



5.5 Kandang Kurungan

Pembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspek kemudahan infrastruktur yang 'standard' seperti berikut:

iv Sistem Saliran

Kandang fidlot mestilah disediakan dengan sistem saliran (parit) yang lengkap supaya air dan najis ternakan dapat disalirkan dengan sempurna
Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan kerja-kerja mencuci kandang. Air dan najis yang bertakung akan menggalakkan pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi ternakan fidlot.


v Palung Makanan

Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot perlu dibina di tepi kandang kurungan supaya pemberian makanan mudah dijalankan.
Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 60cm (24inci) lebar dan 45cm (18inci) tinggi.
Seekor lembu memerlukan 15cm (6inci) ruang makanan. Lantai simen di bahagian tempat makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat dibersihkan dengan mudah di samping mengelakkan kawasan kandang menjadi lembab dan berbecak.
Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat/palung makanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang.



vi Palung Air Minuman

Kedudukan palung air minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan dan jenis takungan air yang digunakan. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung airnya perlu ditempatkan diantara petak.
Kadang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung air minuman yang tersendiri. Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm (18 inci) dan 60 cm(24 inci) tinggi.
Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selain daripada tong dram dan gelung konkrit sebagai alternatif.


Pelan kandang

























6.0 PEMAKANAN
Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 peratus daripada kos pengendalian/operasi.

Jenis-jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungssinya terhadap kehidupan lembu adalah seperti berikut:-

i. Air mengawal suhu badan, memindah nutrien lain ke dalam tubuh dan membantu dalam penglihatan dan pendengaran
ii Protein Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan pengemukkan
iii Karbohidrat Sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan semua aktiviti tubuh
iv Lemak Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak tertentu
v Galian Penting untuk pembinaan tulang, gigi, otot dan sel-sel darah
vi Vitamin A - Membantu dalam penglihatan
               D - Pencernaan Kalsium dan fungsi proses pembiakan
               E - Untuk menguatkan otot
Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normal lembu.
Jumlah nutrien yang diperlukan dalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut:

Zat protein
Tenaga Metabolisma
Zat Galian Kalsium
Zat Galian Fosforus
Garam
Vitamin A & D
Zat serat
Air - Minima 14%
- Minima 10.6 Mj/kg
- Minima 0.65%
- Minima 0.45%
- Diantara 0.50 - 1.0%
- MInima 2200 dan 300 i.u/kg
- Minima 15%
- Semahunya

6.2 Jenis Bahan Makanan


Terdapat pelbagai jenis bahan makanan seperti foraj, silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertanian dan perindustrian.
Diantaranya adalah seperti berikut :-
i) Foraj
ii) Bijirin
iii) Bahan protein
iv) Bahan sisa pertanian - Rumput segar, rumput kering, silaj
- Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi
- Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang hijau

Kelapa sawit
Padi
Tebu
Kelapa
Sisa dapur
Jagung manis
Ikan
Koko

Rumbia - Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit, pelepah sawit
- Dedak padi, beras hancur, jerami padi
- Gula hitam (molas), Hampas tebu,,pucuk tebu
- Dedak kopra
- Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan
- Batang jagung (Dipotong, di silaj)
- Ikan baja
- Lenggai koko
- Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia

6.3 Jumlah Makanan
Secara purata lembu boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan.

Di negara tropika seperti Malaysia, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu fidlot memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaannya, sehingga mencapai kepada 8-9kg sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400 kg.

Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badan sehari.
Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat) yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan atau konsentrat biasa,

Pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian, contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau dijeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat.

Walau apa pun kombinasi makanan yang diberikan kepada lembu fidlot, jumpah zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat tumbesaran lembu perlulah bagi menjamin kadar tumbesaran atau kenaikan berat badan harian yang tinggi.

Pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah mengandungi kesemua zat-zat nutrien yang diperlukan, termasuk konsentrat, bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk projek fidlot berskala besar (komersil) kerana kesukaran mendapatkan unsur rumput atau serat.

Bagi projek fidlot berskala kecil atau sederhana dimana pengusaha tidak sukar mendapatkan unsur serat, penggunaan kaedah kedua adalah lebih digalakkan. dalam kaedah ini, campuran bahan-bahan makanan biasa (konsentrat) diberi bersama sedikit serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian dan galian/garam jilat yang boleh disediakan sendiri dengan mudah dan pada kos yang lebih murah.
Bagaimanapun, bagi kedua-dua kaedah yang dicadangkan tersebut, perlu dipastikan rangsum makanan lembu fidlot mengandungi tidak kurang daripada 15% kandungan serat setiap hari. Ini penting kerana ternakan ruminan memerlukan serat setiap hari. Faedah serat kepada ternakan kepada ternakan adalah seperti berikut:-

i. Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepada zat tenaga dan berbagai jenis Vitamin B
ii Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya serat yang cukup, perjalanan makanan didalam saluran penghadaman akan memakan masa yang lebih lama, bermakna makanan mempunyai lebih banyak masa berada di dalam rumen untuk dicerna oleh bakteria
iii Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa jua jenis bahan serat, tanpa perlu dicampur dengan vitamin komersil (tambahan) . Vitamin A adalah penting untuk mengelakkan ternakan menjadi buta.

6.4 Bahan-Bahan Makanan


Bagi kebanyakan ternakan, rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak begitu kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek.
Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlu mengandungi zat-zat nutrien yang cukup. Campuran lengkap zat-zat nutrien yang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkan yang mampu dimakan oelh ternakan
Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada jenis makanan dan khususnya kepda berat badan yang dicapai, seperti ditunjukkan di Jadual 3. Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga boleh didapati dalam Jadual 3.
Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza bergantung kepada persekitaran atau kawasan/daerah di negara ini. Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain, mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contoh bahan-bahan makanan dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah seperti ditunujkkan di Jadual 4.

Jadual 3 menunjukkan keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering makanan lembu fidlot:



Jadual 4 menunjukkan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan zat nutriennya :



6.5 Rangsum Makanan Lembu Fidlot


Contoh kiraan suatu rangsum makanan unutk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di Jadual 5:
Seekor lembu fidlot, pada purata berat badan 200kg. memerlukan (rujuk Jadual 3) sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7Mj tenaga metabolisma dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam rangsum makanan hariannya seperti kiraan berikut:-

Jadual 5 menunjukkan contoh kiraan rangsum makanan unutk lembu fidlot:



Rangsum makanan seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap lembu fidlot yang boleh diguna pakai sekiranya mahu. Jenis bahan-bahan makanan yang digunakan untuk kiraan dan penyediaan contoh rangsum makanan berkenaan, bagaimanapun boleh ditukar ganti dengan lain-lain jenis bahan yang boleh dan mudah diperolehi dengan memberikan kandungan nutrien yang serupa.

Pemilihan bahan-bahan makanan yang senang dan boleh diperolehi serta yang ternurah diantara yang ada adalah penting. Untuk contoh yang diberikan ini, lembu fidlot hanya perlu diberi tambahan zat galian, terutamanya galian Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing-masing 14.5 gm dan 13.4 gm, bersamaan dengan campuran 45 gm Trikalsium fosfat dan 10 gm Kapur (Ground limstones) kedalam rangsum makanannya. Ia juga memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30-40 gm sehari.

Adalah lebih baik sekiranya campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya lebih mudah dan murah, menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dengan mudah di negara ini.
Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 6.
Untuk lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan yang mudah bagi mendapatkan keperluan zat nutrien masing-masing, bergantung kepada berat badan lembu semasa.

Jadual 6 menunjukkan contoh campuran garam jilat untuk lembu fidlot :



Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30 sentimeter x 30 sentimeter dan diikat kepada tiang kandang dengan kuat dan biarkan lembu fidlot menjilat semahunya . Dijamin ternakan tidak akan memakannya berlebihan daripada yang diperlukan dan tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepada mereka.

6.6 Bahan Makanan Tambahan
i. Galian Jilat:
Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang boleh diberikan kepada ternakan, secara ad-libitium atau semahunya bagi menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi.

ii. Blok Urea Molas (Urea Molasses Block)
Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian yang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disamping meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi sebagai perangsang selera.

6.7 Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot


Campuran makanan untuk lembu fidlot boleh dirumuskan menggunakan berbagai kaedah formulasi : secara mesin kira biasa atau menggunakan program-program komputer yang lebih tepat dan canggih. Pemakaian program komputer dapat menjamin campuran konsentrat yang menepati piawaian serta mengandungi segala zat nutrien yang diperlukan.

i. Kaedah Formulasi Makanan
Terdapat banyak kaedah formulasi yang boleh digunakan bagi mendapatkan campuran makanan atau rangsum unutk lembu fidlot, diantaranya ialah:
a) Kaedah Silang (Pearson Square Method)
b) Kaedah Persamaan Serentak (Simultaneous Equation)
c) Kaedah Formulasi Kos Termurah (Least Cost Formulation)

ii. Contoh Kaedah Silang
Kaedah Silang adalah suatu kaedah yang amat mudah digunakan dan amat praktikal. Suatu perkiraan rangsum dengan menggunakan kaedah ini amat ringkas, seperti ditunjukkan dibawah.
Suatu contoh campuran menggunakan dedak isirong sawit (Protein - 16%) dan hampas sagu rumbia (Protein - 2.0%) disediakan untuk mendapatkan purata kandungan protein sebanyak 14%.
Kaedah Silang digunakan untuk mendapatkan campuran ini, mengandunbgi 14% protein yang diperlukan diletakkan ditengah-tengah "Silang" seperti berikut :-


Contoh diatas mengjhasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu dedak isirong sawit dan hampas sagu rumbia dengan kandungan protein sebanyak 14% seperti berikut:-
Dedak isirong sawit : 85%
Hampas sagu rumbia : 15% (Persamaan 100 kg basah)
Jumlah : : 100.00%
Contoh yang sama boleh digunapakai, menggunakan bahan-bahan yang lain untuk mendapatkan jumlah protein atau tenaga seperti yang diperlukan. Jika diperhatikan campuran diatas tidak temasuk bahan galian. Dengan mudah bahan galian boleh dimasukkan kedalam campuran tersebut dengan mengurangkan sedikit peratusan bahan-bahan diatas dan digantikan dengan bahan galian seperti berikut:

Dedak isirong sawit 83.5%
Hampas sagu rumbia 14%
Trikalsium fosfat 1.0%
Garam 1.0%
Kapur (Ground limestone) 0.5%
Jumlah 100%
Pada masa kini terdapat berbagai kaedah boleh digunapakai untuk mendapatkan formulasi yang lebih tepat, menggunakan lebih banyak bahan makanan dan menentukan ketepatan berbagai zat nutrien yang perlu. Program komputer sekarang mampu membuat apa saja formulasi dan boleh menepati apa saja kehendak pengguna.

6.8 Pemprosesan Makanan


Makanan atau bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadang kalanya perlu diproses terlebih dahulu. Ada juga bahan makanan yang boleh digunakan terus seperti sedia ada. Ada bahan yang perlu dikisar halus seperti bijirin , iaitu jagung atau diempingkan seperti oat, diproses minyaknya seperti kacang soya dan kacang tanah atau diracik seperti ubi kayu, pelepah sawit dan batang jagung

Bahan-bahan makanan pula boleh dicampurkan menjadi makanan terumus atau dicampur sebati dan boleh diberikan kepada ternakan dalam bentuk abuk (mash), dipellet atau boleh juga dijadikan "wafer" atau ketulan empat segi berukuran 1" x 1" x 1"

Untuk lembu fidlot adalah memadai jika makanan diberikan dalam bentuk abuk sahaja bagi menjimatkan kos. Makanan dalam bentuk abuk hanya memerlukan sebuah "mixer" yang tidak begitu mahal kosnya.

6.9 Jenis-Jenis Formulasi Makanan Lembu Fidlot.


Contoh kombinasi beberapa campuran konsentrat yang boleh digunakan untuk lembu fidlot, dimana bersesuaian adalah sperti disenaraikan di Jadual 7.

Jadual 7 menunjukkan contoh formulasi makanan untuk lembu fidlot:



Setiap daripada formula ini boleh memberikan cukup nutrien untuk lembu fidlot. Bahan-bahan didalam setiap formula tersebut perlu digaul rapi apabila dicampurkan. Sekiranya campuran digaul atau dibuat banyak sekali gus, campuran kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam guni dan disimpan untuk digunakan kemudian.
Jika alat mixer digunakan, campuran boleh dibuat untuk 1 tan, 2 atau 5 tan sekali dan tidak perlu dibuat setiap hari

Secara praktikal, pemberian dan keperluan makanan kepada lembu fidlot tidah perlu disukat atau ditimbang setiap hari.
 Sebagai contoh, untuk lembu yang beratnya sekitar 200 kg yang memerlukan sebanyak 5.8kg makanan setiap hari, makanan boleh diberikan secara ad-libitium atau dibiarkan ia makan mengikut kemampuannya, asalkan ia mendapat cukup makanan setiap hari.
 Bagaimanapun, jangan dibiarkan makanan terdedah lama didalam palung makanan atau sehingga melimpah dan membazirkan.
Jumlah keperluan makanan yang ditunjukkan di Jadual 3 itu adalah hanya sebagai panduan sahaja supaya jumlah makanan yang perlu diberikan dapat dianggarkan dengan cekap.



PKC adalah contoh makanan ternakan yang boleh diberi kepada lembu fidlot samada secara 100% makanan lengkap atau dirumus dengan bahan-bahan buangan pertanian seperti hampas sagu atau soya

7.0 KESIHATAN

7.1 Sebelum Menerima Ternakan

Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk.
Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi kuman). contoh disinfektan yang boleh digunakan :
Lindores
Omnicide
Mefarol
Lysol

Jadual 8 menunjukkan jenis-jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk rawatan penyakit-penyakit yang lazim pada ternakan lembu fidlot:



7.2 Sewaktu Menerima Ternakan


Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda penyakit seperti:-
a. Diarea
b. Pernafasan tidak normal
c. Cecair daripada hidung (nasal discharge)
d. Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar
e. Bulu tidak kemas dan pudar
f. Kehadiran kutu pada badan ternakan
g. Tanda-tanda lain yang tidak normal
Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan segera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit. Hubungi pejabat JPH terdekat untuk tujuan ini.
Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air. Contoh ubat antistress (Stress pak)

7.3 Semasa Tempoh Pemeliharaan


Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit.
Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat makanan.

Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut:

i. Pemberian ubat cacing (deworming)
• Dilaksanakan jika perlu berdasarkan-
a. Tanda-tanda bebanan cacing seperti :
• Kurang selera makan
• Kurus/lemah
• Berak cair/diarea
• Najis berbau
• Bulu tidak kemas dan pudar
• Perut buncit/abdomen besar
• Selaput basah pucat
• Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu
b. Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)
• bilangan telur cacing dalam tinja
Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral :
• Systemic.Synantic
• Chanaverrn Plus

ii. Pembasmian kutu (Deticking)
• Dilaksanakan jika perlu berdasarkan kehadiran/bebanan cacing pada badan ternakan.
• Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan- Asuntol, Melathion, Tactic, Greenade : secara mandian/spray, Bayticol : secara pour-on, Ivomec : secara suntikan
• Bebanan kutu boleh mengugat tumbesaran ternakan disamping menyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit seperti Babesiosis
iii. Rawatan
• Merawat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit
• Pastikan rawatan itu ekonomik, berpotensi untuk sembuh, bukan penyakit yang menular dengan cepat dan bukan penyakit zoonotik.

7.4 Penyakit-penyakit yang lazim


a. Diarea (cirit-birit)

Etiologi (Agen penyebab)
o Pengurusan : pemakanan tidak sesuai
o Peralatan/air tidak bersih
o Parasit : cacing
o Bahan kimia : keracunan
o Penyakit : bakteria, viris, protozoa
Tanda klinikal
o Berak cair, sakit abdomen, dehidrasi
o Pyrexia (demam), septicaemia, toxemia
o Anorexia (tiada selera, lemah)
o Najis cair/lembik, berubah bau/warna
Diagnosis
o Pemeriksaan klinikal
o Perubahan pada najis
o Calitan najis, serum, sampel najis, kikisan rektal, sumber makanan (Ujian di makmal hubungi JPH)
Rawatan
o Antidiarea : contoh kaolin, pectin
o Antibiotik : contoh neomycin (Scour-X, Scourban Plus mengandungi kaolin dan neomycin)
o Coccidiostat : contoh Sulphadimidine 33 ⅓ % (untuk rawatan diarea akibat coccidiosis)
o Rawatan sokongan: Elektolit/cecair : contoh dextrose, Metabolic stimulant /haematinic; contoh Catasol, Fercobsang, Tonophosphan
Kawalan
o Kawal pergerakan keluar masuk ternakan/orang/kenderaan untuk mencegah sebaran penyakit
o Jaga kebersihan kandang, program disinfectan
o Perbaiki pengurusan: kebersihan peralatan, air bersih, asingkan ternakan sakit.

b. Pneumonia


Etiologi (Agen penyebab)
o Virus, bakteria, parasit, bahan kimia
Tanda klinikal
o Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea)
o Demam (pyrexia)
o Batuk, bersin, terdapat cecair daripda hidung (nasal discharge)
o Lemah, kurus, tiada selera (anorexia)
Diagnosis
o Bunyi paru-paru
o Pemeriksaan klinikal
Rawatan
o Jangkitan bakteria: Asingkan ternakan sakit, rawat dengan antibiotik berspektrum luas (brad spectrum) seperti oxytetracycline 20%
Kawalan
o Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat (overcrowded)
o Asingkan ternakan sakit
o Pengudaraan kandang (ventilasi) baik
o Rawat tanda-tanda awal penyakit

c. Luka berulat
Etiologi (Agen penyebab)
o Kesan luka yang tidak dirawat
o Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteria menghasilkan bau busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia bezziana untuk bertelur. Larva-larva yang dihasilkan memakan dan merosakkan tisu. Jangkitan sekunder oleh bakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.
Tanda Klinikal
o Terdapat luka yang berulat
o ternakan gelisah, gatal
o Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun
Diagnosis
o Pemeriksaan/tanda klinikal
Rawatan
o Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen peroksida 3%)
o Keluarkan ulat ( dengan forcep)
o Bunuh ulat dengan meggunakan serbuk Negasunt
o Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil
o Cegah lalat dengan Semburan Gusanex
o Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkita kedua dengan suntikan antibiotik berseptrum luas contoh Oxytetracycline 20% L.A
Kawalan
o Elakkan ternakan daripada luka
o Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah hinggapan lalat pada kawasan luka

d. Kembung (bloat)
Etiologi (agen penyebab)
Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan rketikulum melebihi kadar pembebasan gas melalui proses eruktasi (eructation). Gas yang terkumpul menyebabkan rumen/retikulum membesar. Kadar gas yang dikeluarkan secara berlebihan ini mungkin disebabkan :
o Gangguan fizikal : sekatan pada esofagus, kedudukan abomasum (abomasums displacement ) atau radang perut (gastritis)
o Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC). sensitiviti pada ubat, kerosakan pada saraf vagus atau makan daun kayu beracun
o Gangguan enterotoxamia/keracunan nitrat

Tanda klinikal

o Pembesaran bahagian kiri abdomen
o Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuk
o Kurang selesa, sakit bahagian abdomen
o Kadar penafasan meningkat
o Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring kesakitan
o Dyspnea (kesukaran bernafas)

Diagnosa
o Pemeriksaan /tanda klinikal
• Rawatan
Pemberian ubat penahan kembung:
o Beri "bloat remedy" terus ke dalam rumen atau secara oral
o Minyak masak (100-500ml) boleh diguna untuk memendak buih lantas menggalakkan pengeluaran gas.
o Halia dan turpentine juga boleh digunakan
Pengeluaran gas daripada rumen:
o Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terus ke dalam rumen
o Bagi keadaan serius, guna tochar dan canula untuk menebuk lubang di bahagian para-lumbar fossa di bahagian kiri abdomen.

• Kawalan
o Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus
o Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukar makanan dari rumput ke PKC secara beransur-ansur sebelum memberi 100% PKC

NOTA:
Lembu-lembu yang dipilih untuk tujuan penggemukkan secara fidlot mestilah sesuai dengan keadaan cuaca yang panas, mempunyai daya ketahanan terhadap parasit dan penyakit.

Ternakan fidlot yang sering terdedah kepada kecederaan fizikal dan asidosis laktik (rumenitis). Kecederaan fizikal pada amnya disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, kemudahan yang tidak mencukupi seperti bekas/palung makanan yang tidak cukup mengikut ratio bilangan ternakan, kesesakan ruang kandang, kuantiti makanan/minuman yang tidak mencukupi, reka bentuk kandang yang salah serta berlaku pergaduhan antara ternakan dalam kandang.

Bahagian badan yang sering berlaku kecederaan adalah di bahagian kaki dan badan. Tabiat lembu jantan suka memanjat boleh menyebabkan kecederaan pada kaki dan bahan-bahan tajam seperti paku dan serpihan kayu yang terdapat dikandang juga boleh menyebabkan kecederaan pada ternakan.
Asidosis laktik boleh terjadi apabila ternakan makan terlalu lahap atau pun cara memperkenalkan makanan konsentrat pada ternakan tidak betul. Keadaan ini menyebabkan pengambilan karbohidrat jauh melebihi keperluan ternakan dan untuk jangka masa panjang ternakan boleh mengalami asidosis laktik.

8.0 SISA BUANGAN FIDLOT


Keperhatinan masyarakat mengenai kualiti alam sekitar adalah amat peka dan merupakan sesuatu yang sensitif. Disamping sistem pemasaran yang kompetitif dan mengamalkan perdagangan bebas, maka pengurusan sisa buangan/kumbahan dari ladang fidlot yang efisen adalah sangat penting.

8.1 Piawaian Air Buangan
Air buangan dari kandang fidlot terdiri daripada air cucian kandang dan tahi lembu. Di Malaysia, nyahcas air buangan dikawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 - mengguna pakai Peraturan Kualiti Alam Sekeliling : Effluen, Kumbahan dan Indsutri, 1979
Had-had parameter yang termaktub dalam kawalan dan piawaian Akta Kualti Alam Sekeliling adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 9.
Jadual 9 menunjukkan had-had parameter penting Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974



Nota : Piawaian A - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di dalam kawasan tadahan
Piawaian B - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di luar kawasan tadahan



8.2 Ciri-ciri Buangan Fidlot

i. Ciri-Ciri Tahi Lembu

Kandungan tahi lembu bergantung kepada kandungan bahan makanan yang telah diberi. Walau bagaimanapun, pada umumnya ciri-ciri tahi lembu fidlot adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 10
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri tahi lembu


ii. Ciri-ciri Air Buangan
Air buangan terbentuk daripada air kencing dan air cucian najis/tahi lembu dari kandang fidlot. Setengah bahan terlarut dalam air dan apa yang dikeluarkan ialah "slurry"
Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan yang biasa dihasilkan oleh ladang ternakan lembu fidlot. Jika dibandingkan dengan piawaian yang terkandung dalam Jadual 9 di atas, potensi pencemaran air buangan adalah sangat tinggi.
Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan ladang fidlot :


8.3 Pengolahan Sisa Buangan
Pengurusan najis boleh dibahagikan kepada pengolahan sebagai "pepejal" atau "air buangan"
Dalam pengolahan pepejal (solid handling), kuantiti air yang digunakan adalah minimum. Objektif utamanya adalah untuk menstabilkan tahi supaya boleh digunakan (contoh sebagai baja tanaman) tanpa risiko kesihatan/penyakit

Apabila air buangan atau "slurry" telah terbentuk kerana pencairan, maka cara pengolahan air pula diperlukan untuk mengurangkan potensi pencemaran di sungai atau saliran


i. Pembuatan Kompos
Di ladang ternakan yang mempunyai sistem untuk mengumpulkan najis, pembuatan kompos boleh dilakukan sebagai saru cara untuk mengawal pencemaran.
Proses kompos melibatkan aktiviti mengurai bahan organik secara aerobik dan termofilik sehingga terdapat humus yang agak stabil. Suhu kompos yang tinggi akan memusnahkan organisma patogen, benih rumput dan juga larva serangga.

Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraian yang berlaku dalam proses pembentukan kompos memudahkan tanaman menyerap nutrien yang telah dipertingkatkan. Nutrien akan diserap ke dalam akar tumbuhan secara perlahan jika dibandingkan dengan baja kimia yang mudah dilarut lesap

Di samping itu, baja kompos juga boleh memperbaiki keadaan tanah yang berpasir atau tanah liat bagi memberi pengudaraan kepasa akar tanaman. Pengairan didalam tanah juga boleh diperbaiki supaya air tidak bertakung.
Satu cara yang mudah untuk membuat kompos daripada najis yang berbentuk pepejal ialah dengan mengumpulkan najis supaya menjadikan satu longgokan yang berukuran 1.5m tinggi, 2m lebar dan 2m panjang. Proses pembentukan kompos dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasukklah kandungan lembapan, pengudaraan dan nisbah karbon nitrogen. Kandungan lembapan yang sesuai untuk pembuatan kompos ialah antara 40% dan 60% Jika bahan mentah terlalu kering, air boleh disiramkan. Jika terlalu basah pula, keadaan anaerobik akan terjadi.

Untuk mengetahui samada kandungan lembapan mencukupi atau tidak ialah dengan meramaskan bahan tersebut dengan tangan. Jika bahan kompos melekat pada tangan, kandungan lembapan boleh dikatakan terlalu tinggi. Sekiranya bahan itu peroi, ini menunjukkan bahawa kandungan air sudah mencukupi. Pengudaraan diperlukan untuk membekalkan oksigen bagi mikroorganisma aerobik. Pengudaraan boleh dilakukan dengan membalikkan longgokan atau menggunakan kaedah mekanikal.

Pada minggu yang pertama dan kedua, kompos perlu dibalikkan setiap tiga hari sekali. Ini adalah kerana suhu yang tinggi boleh menurunkan kuantiti oksigen yang terdapat dalam longgokan tersebut. Pembalikan selanjutnya dibuat hanya semiggu sekali hingga kompos menjadi matang. Kompos akan matang dalam tempoh 40-60 hari jika keadaan sesuai.

Pengudaraan secara mekanikal boleh menyingkatkan masa yang diperlukan kepada 2-3 minggu. Pengudaraan secara mekanikal boleh dilakukan dengan mengepamkan udara ke dalam longgokan atau menggunakan jentera untuk membalikkan longgokan.

ii. Sistem Lagun Untuk Pengolahan Air Buangan
Salah satu kaedah bagi mengurangkan pencemaran air buangan ialah dengan menggunakan sistem lagun. Pengurangan bahan pencemar berlaku melalui dua proses, iaitu pengenapan pepejal dan penstabilan bahan organik. Beberapa jenis lagun berbentuk bergantung kepda ejnis-jenis penjelmaan biologi.

a. Lagun Aerobik
Di dalam lagun aerobik, bakteria dan alga bersama-sama menstabilkan bahan organik secara simbiosis. Oleh keranan cahaya matahari sangat mustahak dalam pengeluran oksigen dan alga, kekeruhan air dan kedalaman lagun merupakan dua faktor penting dalam operasi lagun aerobik.
Oleh itu, kedalaman lagun aerobik biasanya tidak melebihi 1.5m. Kedalaman air tempat alga tumbuh adalah terhad pada jarak 50 cm dari permukaan air.

b. Lagun Yang Diudarakan
Apabila kandungan lagun diudarakan, pemindahan oksigen ke dalam air akan bertambah dan kedalaman lagun boleh ditambah sehingga 4m. Pengudaraan boleh dilakukan dengan mengepam air ke udara atau pun mengepam udara ke dalam air. Kebanyakan alat pengudaraan yang terapung mengepam air ke udara. Sebahagian besar daripada bahan pepejal menenap ke bawah lagun tempat berlakunya penuraian anaerobik.
Pengudaraan boleh mengurangkan bau busuk yang biasanya di wujudkan dari lagun anserobik. Walu bagaimanapun, kos alat pengudaraan serta kos penyelenggaraan adalah tinggi

c. Lagun Fakultatif
Lagun fakultatif mengandungi dua zon, iaitu zon aerobik di bahagian atas dan zon anaerobik di bahagian  bawah. Di lapisan aerobik, alga yang berfotosintesis menghasilkan oksigen. Bakteria aerobik menggunakan oksigen untuk menstabilkan bahan organik. Lebih banyak lagi karbon akan dihapuskan di zon anaerobik melalui fermentasi dan penghasilan metana. Kedalaman lagun fakultatif adalah antara 1.2 hingga 2.5 m.

d. Lagun Anaerobik
Lagun anaerobik menerima air buangan yang banyak mengandungi bahan organik sehingga zon aerobik tidak terwujud. Penguraian bahan organik berlaku melalui pencernaan anaerobik di mana bakteria menurunkan asid meruap kepada karbon dioksida dan gas metana.
Umumnya, lagun anaerobik digunakan untuk bahan organik dan bukan untuk membersihkan air. Lagun  anaerobik boleh dikorek agak dalam tetapi sebaik=baiknya tidak menebusi aras air tanah.


iii. Pengeluaran Biogas
Pencernaan anaerobik yang dapat menghasilkan biogas juga boleh mengurangkan BOD air buangan, Biogas ialah satu bahan bakar yang boleh digunakan untuk memasak dan memasang lampu. Nilai kalori biogas lebih tinggi daripada kayu dan arang.

Biogas ialah gas yang dihasilkan oleh mikrob apabila bahan organik mengalami proses fermentasi dalam satu keadaan anaerobik yang sesuai daripada segi sushu, kandungan kelembapan dan keasidan.
Komponen utama biogas ialah metana (CH4)(60 - 70%) dan karbon dioksida (CO2). Selain daripada gas tersebut, biogas mengandungi sedikit hidrogen sulfida, nitrogen, hydrogen dan karbon monoksida.
Untuk menghasilkan biogas, logi atau alat penghadam diperlukan. Ianya merupakan satu tanki tempat proses fermentasi dijalankan. Penghadaman mestilah berlaku didalam keadaan tidak telap udara dan tidak telap air. Alat penghadam boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut cara bahan baungan tersebut dimasukkan ke dalam penghadam, iaitu samada secara berperingkat (batch-fed) atau secara berterusan (continuous-fed)

Dalam penghadaman secara berperingkat, bahan mentah dimasukkan sekali gus sehingga penuh, kemudian alat penghadam ditutup untuk proses fermentasi dan pengelauran gas. Lama kelamaan, pengeluaran biogas akan berkurangan dan akhirnya berhenti disebabkan kekurangan bahan mentah. Pada masa itu, penghadam dikosongkan dan kemudian dipenuhkan semula dengan bahan mentah yang baru.

Dalam penghadaman secara berterusan, alat penghadam pada mulanya dipenuhkan dengan bahan mentah, kemudian sejumlah bahan mentah yang tertentu dimasukkan setiap hari. Bahan harian akan mengeluarkan bahan yang telah dihadam bersamaan dengan isipadu yang dimasukkan.

Tangki gas juga diperlukan untuk menyimpan biogas. Tangki gas dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tangki tetap (fixed dome gas holder) dan tangki terapung (floating gas holder)
Dalam tangki tetap, alat penghadam juga digunakan sebagai penyimpan gas. Isipadu kebuk penyimpan tersebut (Iaitu bahagian di atas aras bahan yang di fermentasikan) tetap dan tidak berubah mengikut isipadu gas yang ada.

Tangki terapung pula boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah tangki yang diletakkan di atas bahan mentah yang sedfang berfermentasi di dalam alat penghadam. Jenis kedua ialah tangki yang diletakkan di atas air dalam satu tangki yang berasingan. Tiang-tiang penunjuk perlu digunakan supaya tangki terapoung tidak senget.


iv. Kegunaan Keladi Bunting
Salah satu daripada cara mengurangkan potensi pencemaran air buangan ialah menggunakan tumbuhan seperti keladi bunting. Keladi bunting (Eichornia crassipes) didapati boleh mengurangkan BOD air buangan. Tumbuhan ini boleh digunakan bersama sistem lagun.
Di samping mengawal pencemaran, hasil biojisim (dianggarkan sebanyak 66 tan.ha tahun) boleh diperolehi. Keladi bunting boleh digunakan sebagai makanan ternakan, atau dikomposkan bersama-sama dengan najis ternakan.

v. Integrasi Dengan Pengeluaran Ikan
Pengeluaran ikan yang menggunakan najis ternak (itik, ayam dan babi) telah lama dipraktikkan di Asia. Kajian menunjukkan bahawa najis ruminan juga boleh digunakan untuk pengeluaran ikan.
Satu sistem integrasi yang melibatkan kambing dan ikan berdasarkan 400 ekor kambing/ha dapat menghasilkan sebanyak 5.5 hingga 7 tan/ha tahun.
Sebahagian daripada najis ternakan yang dipelihara secara intensif boleh digunakan di dalam kolam ikan.  Pengusaha yang berminat menggunakan sistem berkenaan boleh merujuk kepada pihak yang pakar seperti Jabatan Perikanan atau Technology Park Malaysia (TPM) yang juga ada menjalankan kajian secara saintifik dalam teknologi integrasi ternakan dengan pengeluaran ikan.

vi. Sistem Bersepadu
Kawalan pencemaran di sesuatu ladang ternakan tidaklah terhad kepada satu cara pengolahan sahaja. Sistem bersepadu yang merangkumi beberapa kaedah adalah digalakkan.
Prinsip yang harus diamalkan ialah dengan menganggap najis/tahi ternakan sebagai bahan mentah sekunder dan menggunakan sumber-sumber lain yang terdapat di ladang ternakan secara maksimum.
Satu contoh sistem bersepadu ialah sebagaimana yang ada diamalkan di Filipina. Di ladang tersebut, najis ternakan digunakan untuk pengeluaran biogas yang digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu, pam, alat-alat pembancuh dan penghancur di kilang makanan dan juga alat pembakar. Selepas pencernaan anaerobik, sistem lagun digunakan sebagai baja untuk tanaman. Sebahagian daripada enapcemar juga digunakan sebagai bahan makanan.

vii. Pengeringan
Pengeringan ialah pembuangan air yang terdapat pada najis untuk menghalang aktiviti mikrob supaya menghasilkan bahan sampingan (berbentuk baja atau humus) yang stabil dan berisipadu rendah. Kos input bagi kaedah ini adalah tinggi kerana tenaga (bahan bakar) yang banyak diperlukan untuk menurunkan kelembapan daripada najis.
Untuk menghasilkan satu kilogram najis kering daripada najis/tahi lembu, pembaungan air sebanyak 54.2 loter dikehendaki, ini tidak termasuk air basuhan.
Pengeringan boleh dilakukan dalam tanur pengering. Berbagai-bagai jenis alat pengeringan tersebut boleh didapati dalam pasaran. Walau bagaimanapun, oleh sebab kos modal yang sangat tinggi penggunaan cara ini adalah kurang ekonomik, kecuali sekiranya ladang fidlot diusahakan secara komersil (besar-besaran) dan hasil baja dapat dijual dengan harga yang agak tinggi.

viii. Penunuan
Penunuan atau insinerasi ialah proses pembakaran najis sehingga bahan organik yang asal dijadikan gas-gas dan abu. Cara ini tidak memerlukan kawasan yang besar, tetapi mempunyai dua kelemahan.
Pertama, kos modal yang amat tinggi dan kedua, tidak ada peluang untuk menghasilkan bahan sampingan (baja atau humus). Kaedah punuan hanya boleh dipertimbangkan apabila kaedah-kaedah lain  tidak dapat diamalkan secara pratikal.
8.4 Penggunaan Enapcemar
Enapcemar yang terdapat selepas sistem pengolahan najis biasanya digunakan untuk salah satu daripada kegunaan berikut:-
a. Penggunaan tanaman : sebagai baja atau pengkondisi tanah dan juga pembuatan "potting mixture"
b Pemulihan tanah:enapcemar digunakan unutk menmabah bahan organik kepada tanah seperti tanah lombong
c Ditaburkan di kawasan hutan
d Pemeliharaan ikan: digunakan dalam kolam ikan sebagai baja untuk alga


1 ulasan:

  1. budidaya peternakan lembu fidlot sangat menguntungkan, lembu ini tidak mudah terkena penyakit dan perawatannya juga mudah, hasilnya berlimpah,. terimakasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...