Jumaat, 22 Jun 2012

apakah untungnya tanam pokok kayu gaharu?

Penulis blog mula terpanggil dengan saranan Dato' KP sewaktu melawat Padang Ragut Air Papan di Tanjung Tualang Perak pada  22 June 2012 di mana beliau sedang dalam usaha mengalakkan penternak menanam pokok Gaharu mahupun pokok kayu hutan seperti cengal,meranti dan berlian di kawasan padang ragut  sebagai  tempat ternakan berteduh dan selepas 10 ke 20 tahun boleh di jadikan sumber pendapatan balak.


Baru-baru ini penulis didedahkan kepada bisnes ini dengan lebih jelas lagi melalui satu rancangan terbitan TV3 yang bercerita berkenaan pokok gaharu dan teh gaharu ini barulah di ketahui yang ianya adalah satu bisnes yang aktif berjalan di dalam negara kita sehingga ke hari ini. 
Penulis amat tertarik dengan jumlah wang yang terlibat di dalam satu-satu transsaksi, beratus ribu ringgit nilainya. Hampir semua yang terlibat dengan multibillion dollar bisnes ini ialah orang China.
                                                                                                                                                                                                        
Pokok kayu gaharu ini terdiri daripada satu genus, iaitu Aquilaria. Di dalam hutan Malaysia terdapat 7 species pokok gaharu, iaitu A.malaccensis, A.micricarpa, A.rostrata, A.hirta, A.brachyantha, A.crassana dan A.cumingaina.

Pokok gaharu ini seimbas pandang ia seakan-akan pokok durian belanda, terutamanya dibahagian daunya. Di dalam keadaan semula jadi di dalam hutan kita mungkin tidak perasan pokok ini kerana ia besar dan tinggi.


Setelah memikirkan perkara ini, saya membuat keputusan, tanaman gaharu ini perlu didedahkan kepada orang Melayu, yang banyak memiliki tanah pertanian, secepat mungkin. Jadi inilah kesempatan dan ceritanya...

Pertama elok kita kenal dahulu pokok atau kayu gaharu ini.



Selain daripada Malaysia, gaharu juga terdapat di negara-negara seperti China, Thailand, Indonesia, India, Pilipina, Papua New Guinea, Kemboja, Vietnam, dan kepulauan Maluku.Spesis yang terdapat di negara-negara tersebut ada yang berbeza antara satu dengan yang lain.

Di dalam keadaan biasa kayu pokok gaharu ini berwarna putih kekuningan. Bahagian teras pokok ini akan berubah menjadi teras kayu berwarna hitam cokelat dan ada resin.



Resin ini dihasilkan oleh pokok gaharu sebagai satu tindakbalas kepada jangkitan sejenis kulat yang diberi nama Phaeoacremonium parasiticaResin yang dihasilkan terdiri daripada beberapa organism compounds yang mudah meresap ke udara, seperti minyak angin. Teras ini berbau wangi kayu.


Teras gaharu ini boleh dihasilkan oleh pokok yang berumur 3 tahun dan ke atas. Sejenis cairan yang mengandungi vaksin inokulan PLT feed (dijual oleh pihak swasta) disapukan dipermukaan kulit pokok, kira-kira 3 kaki dari aras tanah. 


Selepas itu bahagian dalam pokok ini beransur-ansur bertindak balas kepada serangan kulat ini dan mengeluarkan resin yang berwarna hitam kecokelatan dan mewarnai teras dibahagian berkenaan.


Kenapa kayu gaharu penting selain daripada pokok lain yang bernilai komersial? Ini adalah harga kayu gaharu yang mahal. Harga sekilogram kayu gaharu ialah sekitar RM1,000.00. Bayangkan satu pokok gaharu yang berteras baik dan seberat 100 kilogram, bermakna kita boleh mendapat pendapatan sebanyak RM100,000.00. Kalau kita ada seribu pokok..potensi hendak menjadi jutawan adalah cerah.

Di mana hendak dijual kayu gaharu ini? Di Malaysia ada pembeli dan kebanyaknya terdiri daripada orang China. Penjualan kayu gaharu ini juga hampir menyerupai proses jual beli SBW. Jika kita ada kayu gaharu yang betul, walau pun seberat 1 kilogram sahaja, pembeli daripada Singapura atau pembeli daripada Taiwan akan datang sendiri melihat dan membelinya.
Kayu gaharu ini kemudian diekspot melalui Singapura atau terus ke Taiwan atau pun China. Negara-negara Arab telah lama membeli kayu gaharu ini daripada Singapura. Penulis yakin sebahagian daripadanya datang dari hutan negara kita.

Penulis juga dimaklumkan disepanjang jalan ke masjid Nabawi terdapat banyak kedai yang menjual minyak dan kayu gaharu. Demikian juga di Madinah. Sebelum ini memang pembeli utama kayu gaharu ini ialang negara-negara Arab.  

Pucuk pokok gaharu juga boleh diproses untuk dijadikan teh gaharu (Teh Agarwood atau teh jinko).Jika kita memiliki sehektar tanah, bagi tujuan membina RBW hanya akan mengguna pakai sedikit ruang sahaja. Bakinya boleh diintegrasikan dengan tanaman gaharu. Benih gaharu boleh diperolehi dari pengeluar benih swasta.
Kayu gaharu ini kemudian diproses untuk menghasilkan minyak gaharu. Minyak ini adalah yang termahal di kalangan aromatic substance di dunia. Daripada minyak inilah kemudianya dihasilkan produk-produk seperti minyak wangi, syampoo dan lain-lain produk. 
Ramai di antara pemilik kayu dan minyak gaharu ini juga percaya bahawa dengan memilikinya rezeki akan bertambah murah di sampaing kasih sayang ( love ) yang melimpah ruah. Apakah benar? Hanya pemiliknya sahaja yang mengetahui... 
Apa tunggu lagi? Ayuh cari lagi ilmu mengenainya dan laksanakannya...

4 ulasan:

  1. Dapatkan Produk-produk Muslim di Koperasi Pengilang Halal Thoyiba Perak Bhd. Kami adalah pembekal dan pengedar produk halalan thoyyiba. Produk yang dikilangkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP). "Bersama Tingkatkan Ekonomi Umat Islam"

    BalasPadam
  2. Saya boleh tolong dapatkan benih pokok karas ni. Ni email saya creativetrade.com@gmail.com...boleh dtg tengok...daripada benih, sampailah yg dah besar.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...