Isnin, 23 April 2012

Fodder Solution



PENGENALAN KEPADA SUMBER ALTERNATIF MAKANAN YANG BERKUALITI DAN TERJAMIN
 Fodder Solutions merupakan teknologi terkini bagi penyelesaian masalah sumber makanan ternakan (konsentrat dan rumput) yang berkualiti tinggi dan menjimatkan kos operasi ladang ternakan.

Konsep Fodder Solutions adalah penyemaian biji benih barli, gandum dan lain-lain menggunakan sistem hidroponik secara tertutup dan terkawal dimana hasil dapat dituai dalam masa 6 hari sahaja dimana membolehkan penternak mengeluarkan makanan ternakan sepanjang tahun iaitu 365hari/thn tanpa mengira cuaca serta dapat mengeluarkan makanan yang segar dan bersih, bebas dari pencemaran, racun serangga dan racun rumpai.

                    1 Lot unit Fodder Solution Berharga RM 50 000.00

Sebuah unit Fodder Solutions yang berkapasiti pengeluaran antara 100 kg (T24) hingga 435 kg (T108) sehari boleh dibina mengikut keperluan projek,

kelebihan seperti berikut:
  • Pengeluaran optimum
  • Pertumbuhan yang cepat
  • Hasil yang berkualiti dan bermutu
  • Hasil tuaian tinggi dalam kawasan terhad
  • Penggunaan tenaga yang rendah
  • Penggunaan air yang rendah
  • Penyelenggaraan yang mudah
  • Operasi tanpa masalah
                  DARI BENIH KE MAKANAN DALAM ENAM HARI - Benih Barli

 Kelebihan Fodder Solution
  • Tidak memerlukan tanah dan kawasan yang luas. 
  • Tiada isu pengaruh cuaca atau isu kualiti tanah untuk menanam rumput.
  • Tiada proses pembersihan kawasan, penyediaan tanah mahupun sistem pengairan yang menelan kos yang tinggi.
  • Penjimatan ke atas harga makanan – harga makanan yang sering meningkat dan pembelian makanan tambahan pada musim hujan dan kemarau.
  • Organik dan berpatutan 

Terhadap kualiti makanan dan ternakan:

Sistem Fodder Solutions adalah amat baik bagi pemakanan biri-biri dan kambing. Kandungan asid yang rendah dalam akar barli menjadikanya selamat untuk dimakan oleh semua jenis ternakan. Malah bagi ternakan yang cerewet juga mampu meningkatkan berat badan dan kondisi badan. Berikut adalah perubahan jelas yang dilihat terhadap ternakan yang memakan akar barli:
  • Kadar pertumbuhan berat badan yang menakjubkan.
  • Meningkatkan pengeluaran susu.
  • Peningkatan kondisi badan (body score) dan kualiti bulu (biri-biri).
  • Kualiti daging, warna dan tekstur yang lebih baik
  • Membekalkan protein dan tenaga yang tinggi dari kuantiti benih yang kecil.
  • Meningkatkan hidrasi dan kurangkan risiko mati akibat stress (cuaca panas).
  • Kandungan serat mudah dihadam tinggi 
  • Membekalkan mineral dan vitamin yang tinggi
  • Menyediakan asid amino dan vitamin yang penting untuk mendorong proses pembiakan lebih awal. 
  • Penghadaman yang tinggi –
  •  Mengurangkan tekanan kepada ibu dan anak – makanan yang dihasilkan boleh dimakan oleh anak seawal umur 7 hari, hasilkan ternakan yang sihat, ibu menghasilkan banyak susu dan lebih produktif.
  • Mengurangkan pembaziran makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...